
suatu hari pulang dari kerja, melalui DUKE berhampiran exit Wangsamaju.aku nampak seorang makcik berdiri di tepi highway.sebuah teksi tersadai ditepinya.
aku di lane tengah.aku pandang makcik tu.terdetik hati nak berhenti.manalah tau dia memerlukan pertolongan.aku pandang dia, dia pandang aku..dia tersenyum kelat.
aku serba salah.nak berenti ke tak? dia tak mintak tolong pun.
saat kereta aku melepasi dia, baru dia angkat tangan, tanda minta tumpang.aku menggelabah.nak berenti, kereta belakang laju-laju.DUKE ni memang kereta kurang.so memang sedap memecut.aku tak berhenti.
dan sampai hari ni aku ralat.aku jadik ralat bila tak dapat tolong orang yang mintak aku tolong.agaknya macamana makcik tu balik rumah dia? mana dia tinggal?ada ke orang lain tumpangkan dia?
hari ni, orang tanya aku satu soalan?
my friend nak buat abortion this wednesday.macamana nak buat?
erghhh...bab ini bukan kecik-kecik anak punya tolong.
kepada perempuan-perempuan yang tiba-tiba bengkak perut sebab nak sedap, dan terlintas dikepala hotak nak buat abortion, please..think again.
bagi aku, jalan terbaik untuk kamu ialah come clean.terus terang dengan parents.memang bukan senang.kompom parent kamu marah ya amat.gila tak marah, anak mereka pregnant luar nikah.mereka mungkin lebih rela mati dari mendengar berita itu.tapi percayalah, marah ibu bapak pada anak takkan selamanya.akan tiba hari dimana mereka akan akur dan terima, kesilapan ini bukan atas bahu anak perempuan mereka sahaja.memang bukan sekejap, tapi harinya akan tiba.kasih sayang ibu bapa, tak sama dengan lelaki yang dah rasa sedap dengan kamu.diorang dah dapat, apa lagi yang kamu boleh offer pada diorang? takde ape? then be ready to be dump like shit.
then, bincanglah.timbang tara terbaik sesama keluarga.nikah or abortion, biarlah ibu bapa yang melahirkan dan menjaga kamu dari kecik yang decide.ada juga yang parent taknak nikahkan sebab tak percaya lelaki itu.bincanglah baik-baik.
berbanding abortion which will make you regret forever, the parents' anger are not forever..
think about this, that guy minta kamu buang.kamu sanggup kerana dia masih disisi kamu.kamu sanggup kerana kamu percaya dia akan terus disisi kamu dan akan nikahi kamu selepas ini.kamu deny semua doubt tentang dia, kerana kamu terpaksa deny.terpaksa percaya dia.siapa lagi kalau bukan dia?kamu cuma ada dia.matilah kalau bagitau parents.kan?
percayalah.belum ada yang mati bila berterus-terang dengan parents tentang ini.kena sepak terajang tu, maybe lah.alaa..sedap nak, sakit sikit takkan tak boleh tahan.meraungla kuat sikit, baru orang kesian.
abortion.
you will regret forever.you life will be bitter forever.traumatic.
anak, rezeki paling besar dari tuhan.bila kau buang, jangan harap lagi rezeki dari tuhan.
bukan mudah nak inform parents.jalan terbaik, cari tag team dulu dalam ahli keluarga.kakak atau mak.mana yang kamu lebih selesa.abang or bapak tu, inform sama-sama dengan mak or kakak tadi.at least kalau kaki nak naik atas muka tu, ada la yang tolong back up.
if semua berjalan lancar, solutionnya tetap ada 2.parents akan nikahkan, or parents mintak abort.
nikah pada aku yang terbaik.
kalau parents mintak abort jugak, at least kamu ada support system yang kuat dari parent kamu.takdelah nanti kamu meroyan sorang-sorang bila terkenang janin yang kamu bunuh.mak bapak kamu boleh jadi tukang lempang, dan tukang ungkit.orang hantar sekolah tinggi-tinggi, kamu menyundal.alah, buat pekak sudaaa..
maaflah..terkasar.sebab aku memang tak setuju dengan abortion.kalau tak boleh sangat nak inform parent, dan biar anak itu lahir ke dunia...cari aku.aku tolong, selagi aku mampu tolong.sampai anak itu selamat ke dunia fana.
lepas tu lantak kamu le nak mampus pun.baby tu kalau aku tak mampu jaga, aku tetap pastikan dia dijaga sempurna.you can count on me.
aku bukan manusia mulia.
mungkin selfish sebenarnya.hati aku tak tenang bila tak dapat menolong.tak puas hati.jadi aku hanya ingin tenang dan puas hati.rasa puas hati yang kamu hanya akan rasa bila kamu ikhlas menolong.
amirnazrin@gmail.com

0 ORANG MENCARUT:
Post a Comment