November 2, 2010

like attract like - Law Of Attraction

setiap pagi aku cuba mulakan hari dengan senyum.mencari sebab untuk merasa best dalam hati.mengintai hijau pokok-pokok melalui celah tingkap.solat untuk memperbaharui ikrar keislaman aku setiap hari.


but some of that doesn't happen today...

0815 aku terjaga.henpon bawah bantal.patutla tak dengar alarm.miskol dari cik tunang pun banyak.agaknya penat malam semalam tak habis lagi.bos aku mintak bawak indon-indon pergi pindah barang.dari tingkat 3 ke tingkat 3 jugak.ada la dalam 100 kotak.dokumen-dokumen dari projek2 lain.aku ni bukan jenis bos yang reti duduk saja mengarah, jadi aku pun pikul sama.tu yang sakit-sakit badan.indon-indon tu takpalah.memang nawaitu mereka datang malaysia ni nak kerja.
terus aku call driver lori mintak standby hari ni sebab aku nak guna.

sampai site dah pukul 9.aku terus jadi marah sebab ada operator yang absent without prior notice.semalam pun dah absent.at least kena la inform aku kenapa.dah dua kali macam ni.aku pikir periuk nasi orang, jadi aku diam dulu.as long as tak ganggu progress kerja.

bila dah start marah, ada je benda lain yang akan buat aku jadi lagi marah.compactor pulak jem.time nak guna, time tu lah dia nak jem.selama ni parking ok je pulak.

kemudian datang pulak operator mengadu gaji belum masuk.cilakak.susah sangat ke kerja akauntan.gaji tak sampai sepuluh orang staff susah nak urus.aku tak kisah gaji aku masuk tak penuh, tapi aku kisah gaji pekerja-pekerja aku tak masuk-masuk lagi.ikut logik, macamana gaji aku boleh masuk(walaupun tak penuh), gaji diorang tak masuk-masuk.padahal, tukang sign nya sama.aku submit kongkad 15hb, takkan tak boleh settle sampai hujung bulan.dan kalau dah tau bos selalu takde, apesal lepas 26hb baru nak terkejar-kejar cari bos mintak sign.settle la awal-awal.kalau aku jadi akauntan, ini yang aku settlekan dulu sebab ia melibatkan periuk nasi orang lain.orang lain ada anak bini yang perlu disara.
adjustment salary aku bos dah approve sejak bulan 3.akauntan aku boleh buat-buat lupa sampai sampai hari ni.takpe, ini cuma melibatkan aku jadi aku tak kisah sangat.cuma, lagi lama dia tunggu, lagi banyak gaji aku pending, lagi pening dia nak menjawab.pandai-pandai dialah.aku malas nak inform pada bos, sebab dia dah banyak kena tiaw dengan bos.
bila aku tanya bos, banyak sangat ke kerja yang dia bagi pada akauntan.bos aku jawab,'entahlah mir, claim aku pun dah berbulan-bulan dia tak buat'.alahaiii...

bigbos aku mintak aku siapkan a few task before 10hb ni.8 hari lagi.but honestly permintaan dia tak realistik.tapi aku cuba juga.bila aku highlight a few obstacles yang halang progress aku, bigboss akan inform pada project manager untuk uruskan.tapi ikut mana-mana pusing pun, last-last aku jugak kena handle.flow dia macam ni

bigboss----> boss----> aku

benda-benda yang aku highlight

aku---->bigboss---->project manager---->aku balik
ataupun
aku---->bigboss---->project manager---->construction manager---->aku balik

taklah susah mana, cuma sakit hati bila tengok orang lain sampai site pukul 9lebih.pukul 10 pergi minum diluar.dekat pukul 12 baru balik site.pukul 1 keluar lunch.dapat info dato' ada di site semua berlari-lari masuk site.aku sms tunang masuk pun kadang-kadang tak sempat nak baca.

sms tunang.boleh kata satu therapy time penat-penat kerja.sometimes with just a smiley can make a big different.

masih marah lagi.bila tiba-tiba jadi hal pulak dengan cik tunang.tak pasal-pasal aku jadi angin.atas sebab-sebab yang aku tak layak untuk comment.ya, aku tak layak.

balik kerja singgah makan.
ini kali kedua.
beberapa bulan lepas, sedang aku sedap-sedap melantak sorang-sorang, datang sorang akak.tak berapa waras.mental illness.merapu-rapu dengan aku.tanya itu ini.lastnya duduk semeja makan dengan aku.aku layankan je la dia berbual.suaminya entah dimana.selalu tinggal dia dengan anak-anak.katanya anak-anak kat rumah tak makan lagi.jadi bungkus lagi 2 nasi ayam.bila aku sudah makan, aku tinggallah dia makan sorang-sorang.masa nak bayar,tokey kedai tu kata, akak tu selalu kena tinggal dengan laki dia.tu pasal jadi macam tu.
lepas tu banyak kali jugak aku terserempak dengan akak tu kat sri rampai ni.waras lah pulak.tapi tak kenal aku kot.
tadi tengah aku makan sorang-sorang, datang apek tua bertongkat tadah tangan.aku geleng-geleng kepala.dia tunjuk isyarat lapar, aku bagi balik isyarat,kalau lapar duduk makan.dia pun duduk.aku order nasi goreng dan teh o untuk dia.tak pandai cakap melayu.
aku abis makan, tunggu nasi dia sampai.lepas bayar aku terus tinggal dia makan sorang-sorang.
nak mintak duit,memang aku kurang berduit.tapi kalau nak makan, aku boleh belanja.itu aku rasa lebih baik.

duit.kalau semua di dunia ni kerana duit, jalan aku pasti dah lain.
ya..pasti lain arahnya.aku ingin jadi bagus untuk semua orang.jadi bermanfaat.
paling aku nak, jadi terbaik.jadi bapak yang terbaik.
coz i never have one.sebut pasal benda ni aku jadi sentimental la pulak.simpanlah.
duit penting.aku akui.paling aku takut bila suatu hari anak aku tanya,'kenapa daddy tak kaya macam daddy orang lain?'.takkan aku nak tampar mulut dia.haha
aku belajar untuk hidup tak terlalu bergantung dengan duit.zaman sekarang, memang susah.
jadi kena belajar ilmu hidup.

tuan rumah datang collect sewa.tiap-tiap bulan aku bayar sewa lebih.aku collect rm150 saja setiap orang.kadang-kadang aku kena cover sampai rm300 sebab bil tinggi.itu pun lagi nak berkira dengan aku.cilakak.
tuan rumah mintak tolong cari penyewa untuk rumah dia lagi sebijik dekat sri rampai ni.rumah yang aku duduk sebelum dia minta aku pindah ke rumah sekarang.selang dua lorong.teres dua tingkat, 3 bilik.rm700 monthly.kira murahlah sebab area sini rate sewanya dah cecah seribu lebih untuk teres 2 tingkat.ada sesiapa yang berminat?

then aku ke bukit jalil cari tiket untuk cik tunang balik muar khamis ni.semua pun dah abis.ada pun pukul 0430 petang.belum balik kerja lagi.
balik tangan kosong.

sampai dekat kereta, ada kertas putih celah wiper.
terima kasih Sarjan Omar b Ismail (SJN 81859) kerana saman saya.jenis kesalahan,1.meletakkan kenderaan menyalahi isyarat lalu lintas.
terima kasih sebab ikhlas saman saya.jenis kesalahan pun betul.saya akui.
saya telah berusaha supaya kenderaan saya tidak menghalang lalu lintas.jadi saya parking ditempat yang saya pikir, tidak menyumbang kepada kesesakan di bukit jalil tu.
saya salah dari segi undang-undang jalanraya malaysia.
tapi saya dah buat terbaik supaya tak menyusahkan masyarakat.

a few weeks ago pun saya kena saman sebab tak pakai seatbelt.saya malas layan abang polis tu bercerita tentang akta itu ini, jadi saya mintak surat saman terus.kalau ikutkan benda boleh settle kat situ, tapi bila pikir pasal anak bini dia, saya rasa lebih baik saya bayar saman.saya taknak jadi penyumbang anak bini dia makan dari sumber tak betul.
sebelum ni memang kalau kena tahan polis, saya ikut rentak saja.tapi sekarang tak dah.makin nak kawen ni, makin saya jadi macam skema sikit.
saya terus shoot pergi balai.dekat jalan pasar sana.kononnya nak terus bayar saman, lepas kena saman.sampai sana, encik JPJ tu cakap,'kami tutup sharp 0430'.padahal azan asar sedang berkumandang.sarjan tau kan asar masuk pukul berapa sekarang.last-last sampai hari ni tak berbayar.
saman sarjan ni pun, lama lagi la saya simpan yek.saya takda masa nak keluar waktu kerja.

dan sekarang aku di depan pc.
masih ada rasa kurang puas hati.
semuanya bermula seawal pagi.
wish a better tomorrow.
wish me luck :)


p/s : blog ni therapy aku, aku tulis direct apa yang ada dalam kepala.dan aku tanggung segalanya.

2 ORANG MENCARUT:

amirnazrin said...

status di fesbuk aku pun tinggal engaged saja.engaged dengan sape ntah.hadoi...penat hari ni sampai ketgh mlm rupanya.

Anonymous said...

RINDU KAMU