October 24, 2010

kelemahan?

lukisan di dinding rumah kongsi di tempat kerja aku.takde kaitan dengan cerita ini.

cerita 1
a few years ago.
musim tengkujuh.sg nenggiri di gua musang.aku dan lebih 40 orang lagi dalam expidisi berakit di sana selama 5 hari.sape-sape yang pernah ke sana tentu faham keadaan air di sg nenggiri ketika musim tengkujuh.arusnya mampu meragut nyawa.dan seorang lelaki telah hanyut, lemas, langsung x mampu berbuat apa-apa.aku tak tahu siapa nama mamat ni, sampai sekarang pun aku tak tau.
aku dah selamat ke tebing.berpuluh-puluh orang lagi masih terkial-kial ke tebing sebab arus deras.mamat tadi dah hanyut sorang-sorang lebih 100 meter.takde sape pun yang cuba selamatkan dia sebab masing-masing tengah struggle ke tebing.aku capai life jacket dan terus terjun.beratus-ratus meter jugaklah hanyut baru aku dapat capai dia.slow2 tolak dia ke tepi guna dada sebab sepenuh tenaga aku guna tangan dan kaki untuk berenang ke tebing.sampai tebing dia dah pitam sebab telan banyak sangat air.tapi dia selamat la.
selang beberapa hari aku jumpa dia dekat arked meranti(dalam UTM), tapi dia tak kenal aku pun.
aku tak kisah.aku puas.

cerita dua
semasa aku part time jadi pump attendant dekat petronas taman u.
aku ambik syif malam sebab aku takleh tido malam.masuk kul 11 blk kul 7.
suatu hari seorang nyonya naik basikal kelam kabut panggil aku.katanya ada orang sakit dekat belakang petronas tu.aku pun pergila.seorang mamat cina dah terduduk lemah.badan berlumuran darah.sebelah tangan hampir putus dekat siku.belakang badan kesan tetakan berbentuk X.dan banyak lagi kesan tetakan di badan dia.nyonya tadi terus blah.aku cari benda2 yang boleh buat alas.aku jumpa sarang telur.aku baringkan mamat cina ni tadi.aku telepon 999.first time.aku bantalkan kepala dia dengan tangan aku.aku bagi dia minum air.tunggu sampai ambulans sampai.aku nampak banyak kepala terintai-intai dari tingkat atas rumah kedai berhampiran.sorang pun tak berani tolong.ambulan sampai, bawak mamat cina tu pergi.sampai sekarang aku tak tau mamat ni masih hidup, atau dah mati.aku tak pernah kenal dia, tapi aku puas dapat tolong dia.

cerita 3
masa aku tengah meniaga otak-otak dekat medan selera taman u, biasela student malas belajar.asek ikut orang meniage je.ada sorang mamat india nak pinjam motor aku.nak ambik barang tertinggal katanya.aku berat jugak nak bagi, tapi sebab biase nampak dia situ, aku bagi jugak.cuak jugak dia tak balik-balik.
akhirnya dia datang balik.tapi dengan kepala yang bertobek kena tetak.motor aku dah penuh darah.aku tinggal stall, bawak dia pergi klinik.tapi dia taknak, dia nak balik tempat dia pergi tadi.aku pun bawak la dia pergi.sekali tempat gangster india berkumpul.cilakak,mampus aku.rupanya diorang bergaduh.barang yang mamat tadi nak ambik, rupanya ganja.tak pasal-pasal je aku.hati aku memang cuak time tu.mamat tu turun je motor aku terus cabut.gila nak tunggu.

cerita 4(2007)
masa mula-mula datang KL, masa tu baru nak bertatih kat KL ni.KL yang aku kenal, puduraya dan masjid jamek.itu je sebab selalu ulang alik raub-jb, transit kat pudu.
entah macamana aku kenal seorang mamat nama Asyraf.dah kawen.anak sorang, daniel.baru setahun lebih.baru masuk kerja tempat aku.aku tengok muka asyraf ni, memang nampak kusutnye.memanjang kusut.satu hari dia join aku minum.aku biasela, minum sorang2.peramah pulak dia, cerita masalah demi masalah pada aku.kena buang kerja la, orang tipu la..pungpangpungpang.sampaila kena halau dengan mentua.ah, sudah.
dekat-dekat sebulan jugak asyraf, bini dia yang tengah mengandung 8 bulan dan daniel tumpang tido bilik aku.makan pakai aku tanggung sebab dia takde duit.aku tido ruang tamu la.takkan nak join diorang laki bini tido.keluar dari rumah aku, diorang duduk taman melawati.rumah sape aku tak tau.
3 4 bulan lepas tu aku terserempak dengan diorang tengah bershopping.dengan 2 orang anak.aku pun pergilah tegur..asyraf dah berambut merah.cilakak buat-buat tak berapa kenal aku, cepat-cepat nak blah.ingat aku nak mintak balik duit aku tanggung diorang la tu.aku tak kisah walau tanpa terima kasih.aku puas sebab dapat tolong diorang waktu diorang susah.

cerita 5
aku dengan cik tunang on the way pergi pasar malam.hari dah nak masuk maghrib la.masih terang.tiba-tiba ada mamat cina ni datang dekat aku,'abang,boleh tolong ka.kunci kereta saya tinggal dalam kereta'.macam ni pun ade.aku pun cuba tolong.pergi selongkar sampah tepi jalan, cari apa-apa yang boleh guna untuk cungkil pintu kereta dia.nasib baik proton, senang.dia boleh duduk saja depan pintu kereta dengan awek dia.
aku tak kisah.aku puas dapat tolong dia.tak kisah walaupun awek dia pandang aku macam orang jahat pulak, dah biasa curi kereta.


cerita-cerita ni, apa point aku?
aku susah hati bila tak dapat membantu.dan aku confuse, adakah ini satu kelemahan?
aku rasa tidak sebab, aku tak pernah rasa terbeban buat benda-benda ni.tapi aku puas hati.
selagi aku diperlukan, selagi aku mampu, aku akan tolong.tak kira siapa.tak kira apa.walaupun kadang-kadang membahayakan diri sendiri, aku tak puas hati bila tak dapat tolong.ada satu rasa tak best dalam diri aku, bila tak dapat tolong.bila terpaksa walk away tanpa mampu berbuat apa-apa.
ya, selagi aku diperlukan.
kalau kerana sebab-sebab tertentu, ada orang berasa tak perlukan aku, aku tetap disini.
antara yang aku perlukan, dan yang memerlukan aku, aku pilih yang memerlukan aku.sebab aku tak mahu apa yang ikhlas aku buat, hilang keikhlasannya bila aku kejar untuk diri sendiri.

kalau dirasakan aku tak layak bercakap tentang sesuatu itu, berhentilah bercerita pada aku tentangnya.

2 ORANG MENCARUT:

Anonymous said...

what if I need you now...

amirnazrin said...

heheh.pretty sure you are a woman coz woman always use 'what if' question.i'll answer in the next entry :).