November 3, 2009

SITE VISIT ver 2

welcome.
tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat cari makan.

isnin, 8 june 2009
'amir, datang ofis tengahari ni.isi form.'

selasa, 9 june 2009.bermulalah satu bab baru dalam hidup aku.

mula-mula masuk site, kerja aku jaga trip lori.memang banyak.masa tu job lori kat KL kurang.so,berpusu-pusu kat site aku.dekat 100 lori gak sehari.ada pernah sampai 800 trip.aku kena sign satu-satu.setiap sign aku bernilai rm73 masa tu.7.30 pagi sampai 5.30 pagi aku kerja hari tu.

inilah yang jadi bila hujan hari-hari.hehe.salahkan hujan, padahal aku yang buat drainage tak betul.hehe, belajar dari kesilapan.kat sini, takde orang yang nak ajar aku.kebanyakan tunggu aku buat salah dulu, then baru cakap apa yang patut aku buat.salah aku jugak.kurang bertanya.main belasah je.sudahnye, bila aku buat salah, sorang-sorang kene tiaw dengan bigboss.

kadang-kadang, aku jadi bodoh.saje-saje nak test kedalaman air.lagi bodoh bila aku sendiri yang turun.padahal boleh je suruh bangla.sudahnye sampai petang pakai seluar basah.kalau setakat seluar je takpe.kalau sampai underwear? sape nak jawab?

bila tiap-tiap petang hujan lebat, banyak kerja juga.bukanlah tak bersyukur dengan rahmat tuhan.tapi..itulah.hehe,biaselah manusia ni.dah 3 hari aku terpaksa tangguh concreting untuk cuci lumpur.bukan sikit-sikit.sampai 20cm tebalnye.tiap-tiap hari habiskan masa cuci reinforcement.tadi hujan lagi.tak taula esok macamana..

pakai macam ni pon, tetap juga tanned.jatuh merudum saham aku.huhu.


apepun, aku sentiasa cari sebab untuk menarik nafas dalam-dalam dan merasa damai.walaupun ketika matahari tegak atas kepala(setelah difilter oleh sunglasses).

November 2, 2009

short messaging service..

'akum.kumpul duit dlm bulan 2.aku nak beli sofa & kabinet tv baru untuk mak dlm 500 sorang, tapi jgn bising2.xnak mak tau dlu'

'wsalam.ok.'


before raya ritu, kitorang kumpul duit beli peti ais untuk mak.
bagus jugak abang aku ada inisiatif buat macam ni.kalau nak kumpul sorang2, memang payah sikit la.
aku dan 2 abang aku dah bekerja.3 lagi adik aku tukang ngabiskan duit.topup tak abis-abis.pelik aku bebudak sekarang ni.ni semua sains dan teknologi punya pasal la ni.kan bagus kalau keadaan tak berubah, macam masa aku sekolah dulu.tulis surat je hari-hari.cari sorang junior jadi posmen free.biasiswa kerajaan rm25 sebulan pun cukup.
abang aku dua-dua dah kahwin.so, komitmen dah divide la.sekarang tinggal aku.kerja pon merangkak lagi.nak tanggung diri sendiri pun, belum cukup.cukup kalu takde kene bayar pape.aku cuma harap sempat berbakti pada mak.itu saja sekarang ni.
kerja.kerja biar ikhlas.itu saja yang aku pegang.niat aku menolong, orang panggil aku kerja pun untuk tolong aku.
kawin.hmm..cerita lain kali la.nak tido.tido pun tak senang sebab fikir keadaan site esok.hujan lama sangat.entah apa jadi kat sana.aku pulak yang risau lebih-lebih.macam aku pulak tokeynya.bigboss aku pesan, pikir sebagai kontraktor.hmmm..aku tak pikir camtu.aku pikir amanah orang je.amanah orang ni kita kena jaga betul-betul.sebab hablumminannas ni lah yang selalu jadi hijab di alam akhirat nanti.kawin ni pun amanah jugak.kalau aku ada anak perempuan nanti, susah juga nak lepas bagi orang luar jaga.baik macamanapun, tak konfiden aku.huhu.ini pulak aku nak rembat anak dara orang.konfiden ke bapak dia dengan aku nanti? berat soalan ni..dan aku pun dah melalut jauh ni.nak cerita benda lain, lain pulak yang keluar.da la..nanti lagi panjang aku melalut.

November 1, 2009

HOLLA!

ekcely..aku memang takdak mood nak menulis hari ni..aku pun tak tau pasal ape.maybe sbb hari-hari kerja je sampai aku tak ingat benda lain.bos aku sayang aku kot, tu yang banyak sangat kerja dia suruh aku handle.sampai budak-budak kat site pun da jarang nampak aku kat site ofis.memangla, sebab aku takde masa nak melepak di site ofis.
hari ini aku paksakan jugak diri menulis..kerana apa ya? sebab ada yang dah rindu kot.dah mintak-mintak aku tulis lagi.huhu..gedik! nyampah aku dengan diri sendiri.ngengade!(lambai tangan kat orang jauh, sambil senyum sumbing)

semalam ke maskara shorties.agak hambar bagi aku.entahla nape.dah ramai orang-orang dari media mainstream yang menyertai maskara.and aku rasa maskara da macam hilang exclusivity nya.aku lebih suka maskara tidak terlalu expose dengan media perdana.macam underground scene masa aku muda-muda dulu.erk?aku dah tua ke? tak lagi kan..lelaki umur 29 pun still 20 kan.aku baru 26.belum akil baligh lagi.masih mumaiyiz.

cerita tentang kerja.site aku pelik sikit.ada ramai manager kat sana.general manager,project manager, project koordinator, technical manager, construction manager..site supervisor pulak, aku sorang.bigboss aku optimist je.yang penting management kata dia.sebab aku selalu cakap kat dia aku tak sempat.semua aku kena handle.aku dah cuba delegate task.tapi nak delegate dengan sape?aku sorang je.aku anggap ni semua learning proses la.pasal gaji tolak tepi la.
aku ingat nak bela hantu raya la.2 3 ekor.boleh tolong aku kat site,huhu.agaknye orang-orang dulu yang kerja macam aku ni la banyak ada bela.aku syak, arwah atuk aku dulu pun ada la.dari pasir putih, atuk aku pindah, buka tanah di pahang.lebih tepat di jerantut, tempat aku lahir.mak aku cerita dulu arwah dengan kawan-kawan dia siap berlawan dengan harimau lagi.ye la kan, dalam hutan macam-macam yang ada.cerita orang-orang dulu kadang-kadang susah di terima akal.orang pikul batang balak sebelah tangan la, karate pokok sampai tumbang la, macam-macam.agaknya, pakai hantu raya la tu.masa mula-mula pindah pahang dulu, mak aku cerita ramai jugak orang tempatan yang tak suka.tapi takde yang berani lawan atuk aku.pernah jugak orang-orang kampung nak tekak atuk aku.tapi sekali dia angkat muka je, semua kecut.tu atuk aku, bukan aku.aku ni, nak marah pun orang gelakkan je.comel sangat.orang tak takut.ngeeeee...(best jugak rase gedik-gedik ni ye.patut pun lelaki suka perempuan gedik.perempuan je yang nyampah perempuan gedik)
tapi aku seronok bekerja sekarang.aku ni boleh je adapt dengan situation.dari kerja pakai semat-semat.kemeja,slack..kebanyakan kemeja aku mesti bercuffling.kolar lain kaler,putih.macam aaron aziz(hak tui!).sampaila kerja pakai comot-comot macam sekarang.tak macam sesetengah orang yang nak semua benda ikut dia.macam dialah paksi.dan semua berputar ikut dia.orang macam ni selalu bertukar-tukar kerja, or pasangan.kita ni kecik aje.so kenala pepandai adapt dengan persekitaran.bukannya jadi lalang, tapi flexible la.bukan tipu diri sendiri, tapi pepandaila bawa diri.
cuma satu la aku confused.manager-manager kat sini takde yang berani tiaw aku.takde marah-marah aku.kalau ada pun, cakap belakang-belakang je.depan aku tak.siap aku boleh pow rokok diorang lagi.kalau diorang tiaw pun, aku senyum je.tak makan hati pon.pernah jugak kena tiaw dengan bigboss pasal tak buat apa yang dia suruh.aku buat kerja lain dulu.tapi bigboss aku tiau sikit-sikit je.aku pun tetap senyum je.buat apa nak tensen-tensen.bukan boleh selesai kerja/masalah pun.kan!
satu yang aku sikit tak suka pasal kerja sekarang.ye la,selama ni aku kerja sendiri je.sekarang susah betul aku nak cari peluang balik kampung.jumpa mak aku.aku ngaku la.semua orang pun cakap aku anak mak.memang pun.kat kampung aku, aku sorang je yang dah dewasa tapi ronda-ronda kampung bawak mak.naik motor dengan mak.pergi pasar dengan mak.jalan ke pekan dengan mak.semuanya mak la.nak buat cane, dah sorang tu je mak aku.dah takde yang tu nanti, abisla.dalam dunia ni, aku boleh survive semua benda.aku yakin.cuma sampai bila-bila pun aku tak bersedia untuk kehilangan mak.memikirkannya pun da cukup buat aku nak menangis(alalalala kuci kuci..).next week aku dapat cuti hari sabtu.yeay!harapnye last minute bos aku tak mintak aku stay.

buat kawan-kawan,
sori geng..bz.ada masa kita lepak sama-sama.

buat angel,
u r extraordinary.so no wonder everybody love you.d only one who hate you is the big monster.huhu.so dont b sad ok.

buat silent reader,
cak!bisu ke?hehe

buat yang menyampah,
blah la lu..

buat yang rindu,
awak..jangan bagi patient je makan ubat.awak makan sekali tau.kat sana sejuk, memang senang batuk.ek eh..malu plak.

October 21, 2009

right choice, not always popular choice

situasi satu..

'amir, kalau aku clash dengan awek aku ok tak?'
'cayalah.ni lah benda paling bijak yang penah ko cakap.gua support lu.lagipun memang dari awal aku rasa tak best.kalau tak sekarang pun,next week.takpun next month.tak pun next year.'

situasi dua..

'beb, aku dalam relationshit la.aku give up.'
'sabar beb.ko rilek dulu.calm down.normal la tu, relationship.chemistry korang kuat.biasela gadoh-gadoh.korang kawen nnt kompom ramai anak bila selalu gadoh ni.trust me ok.ko rilek je dulu.'


kadang-kadang, kawan datang pada aku.umur baya-baya aku ni biasela, sedang giat mencari teman hidup.maklumla, kalau dah terlajak masuk 30an karang, saham da jatuh.hantaran dah berkurang.aku tak ok, aku rileeekkk je.ceh!
aku tak suka dengar siapa betul atau siapa salah.sebab aku takkan tahu the whole story.jadi bila orang mintak pendapat, aku bagi dari sudut pandang aku.yang tak semestinya terbaik.tak semestinya betul.

cerita lain..

weekend hari tu, tuhan temukan aku dengan dengan seseorang.kali pertama pandang dia, dia terus senyum kat aku.sweet sangat.aku terus pergi pada dia.kiss pipi dia.aku bawak dia pergi tasek FRIM, tempat orang main layang-layang dekat kepong.seronok dia.main dekat playground situ.sampai jatuh, berdarah gusi.camana la aku nak jaga anak.tak cermat.huhu.
aku tak kenal siape mak die, ayah die.yang aku tau, he need a father.a great father.so i decided to adopt him.

October 18, 2009

PAPADOM di pawagam sekarang

4 hari tayang dah cecah rm1juta.ni dah dekat 10 hari, tak tau la dah berapa.dari mula keluar dulu, aku memamng teringin sangat nak tengok citer ni.aku memang tak pernah miss filem-filem afdlin.dan mamat khalid.
PAPADOM mengisahkan kasih sayang seorang bapa yang melampau-lampau terhadap anaknya.sehinggakan dia sanggup berbuat apa saja untuk memastikan keselamatan anaknya.
bunyi macam drama.tapi memang kelakar.aku tengok PAPADOM hari jumaat.tapi sampai hari ni aku masih tergelak-gelak.terutama dengan watak QUE HAIDAR aka 'WAJIB TAYANG'.aku gelak memang tak ingat punya.orang sebelah yang langsung tak kenal aku pon malu.seb baik tengok dengan jantan.
filem afdlin kali ini aku lihat seperti mendapat sentuhan arwah YASMIN.biasanya, filem arwah saja yang banyak menerapkan nilai-nilai muhibbah.agaknya sebab 1malaysia kot.huhu
filem-filem afdlin tak pernah kecewakan aku.lawak-lawak afdlin juga sempoi.sejak dulu lagi.sejak 'SOAL HATI'.
walaupun afdlin tak pernah kenal aku, jumpa pon setakat angkat tangan saja(tak cool la nak pergi dekat-dekat untuk bersalam), aku ajak semua orang pergi punggung eh panggung dan tonton filem ni.dan tunggu sehingga betul-betul habis.i mean even setelah kredit line keluar sebab masih ada babak musibat di hujungnya.habis cerita,aku tak dapat nak terus bangun sebab sakit perut gelak.dan terpaksa buat senaman muka sebab pipi kebas.rase nak g tengok sekali lagi je.ada orang nak belanja aku tak?
sekarang aku tunggu ESTET pulak.

p/s : PAPADOM ada sountrack tak? lagu dia best-best.lagu ana raffali pon ada..hujan bunga di kuala lumpur..nanana.nana...

October 13, 2009

angel is falling

angel,
dont you dare to give up just becoz of an overweight slut!
promise me that i ll be your bestman on your glorious wedding day.
you promise me to find a great partner for me.dont you dare to break it!


selalu la kan, bila dah nak dekat2 sangat dengan tarikh, macam-macam yang jadi.bagi aku la, setan tu selalu buat kita rasa was-was bila nak buat benda baik.contohnya nak kawen.time tu la ex bf/gf nak memunculkan diri.or someone yg korang betul-betul nak dari sekolah lagi, tiba-tiba give a hint.
ataupun, time tu la masing-masing nak revise balik decision yang telah dibuat.macam-macam soalan.aku dah ready ke? betul ke aku nak kawen ni? kompom ke mamat ni leh jaga aku sampai mati? macamana kalau dia nak kawen byk?betul ke he/she is my mr/mrs right?

babe,
aku penah ckp pasal 'law of attraction'.bila mind kau always think about 1 thing, that thing will happen.coz mind power is so powerful.bila kau sentiasa ingat pada ex dia, ex dia mmg akan menghantui kau sampai bila-bila.kau akan sentiasa suspicious.you will never be you again.

men are simple.i know, im a man.easy to handle.just give a man time and space.thats it.
study, kerja, kumpul duit utk kawen, layan kerenah awek, thats too much for a man.men not multitask.you knew it.so give a man a break.time for himself.when he get enough, he ll come back to you.trust me.

to my dearest 'babe' out there, the one whos feeling down.stand straight, open your chest.dont look down, dongak sikit.put a fake smile on your face.fight your emotion with physical.

he was made for you.and only you.so take what yours.

October 6, 2009

site visit

welcome to my workplace..
the place where i have to learn faster and faster everyday.

dulu, jaki je tengok orang taruk helmet ni dekat cermin belakang kereta.sekarang, kekadang aku taruk jugak.


geram aku tengok timbunan pasir banyak-banyak camni.lagi tinggi dr tiang elektrik.pasir ni aku buat backfill nanti.kalau masa kecik-kecik dulu, dah tentu ni jadi gelanggang permainan aku.kecik-kecik dulu bolehla, rilek je kalau kena tungau tu.time dah sunat ni, kalau kena tungau cane? siape nak jawab?

banyak jugak kerja aku kena handle.kadang-kadang, tertekan jugak.cara aku avoid tekanan, aku cari keindahan.cari reason untuk rasa best, walaupon tengah panas terik.

selepas habis belajar, ini kali pertama aku kerja dengan orang.sebelum ni aku kerja sendiri.so, agak challenge jugak nak sesuaikan diri.

'kerja biar ikhlas.kalau asyik nak mengira gaji, sampai bila pun takkan cukup.'

September 29, 2009

berat..

sumber utama kewangan negara akan hancur tak lama lagi.tak mustahil PETRONAS akan ikut jejak PETARMINA.
semua GLC dah jadi tempat pemimpin cekau duit.
malas betul aku nak menulis benda-benda macam ni.

note:
McKinsey & Co, London adalah semua firma israel.kerajaan Malaysia bayar Mckinsey untuk tentukan hala tuju negara.so, basically tak guna ada PARLIMEN.tak guna bergaduh bertekak dalam dewan rakyat.sebab yang menentukan dasar ialah Mckinsey.dan sekarang orang Mckinsey dah masuk Petronas.israel dah masuk petronas.

September 28, 2009

senandung berhari raya

a) soalan percubaan spm bahasa melayu kertas 2:penulisan.buat rumusan ringkas berkenaan gambar diatas.tajuknya, 'BALIK KAMPUNG SEORANG DIRI UNTUK MENYAMBUT RAYA'


dua orang buah hati aku.jiha(kiri) 5 tahun.adiknya fatin 2 tahun lebih.jiha selalu moody tak pasal-pasal.tak paham aku.perempuan ni memang susah kita nak paham kan.fatin ni sengih je memanjang.fatin lagi cepat bercakap.agaknye sebab dia mengikut je ape kakak dia buat.

sejak aku belajar kat utm lagi, mak aku asyik mintak je.nak renovate rumah, nak renovate rumah.sampai sekarang pun aku tak dapat nak penuhi lagi.tapi entah macamana, dapat rezeki lebih.kerajaan ambik tanah dusun kami.nak buat empangan katanya.so, dapatlah pampasan sikit.dapatla mak aku sebuah rumah baru.bukan baru la.di'renew'kan.siap kaler hijau lagi.rumah aku satu-satunya yang kaler ijau katak pisang ni kat felda tu.kalah kaler markas PAS.mula-mula aku tak suka sangat kaler ni.lama-lama jadi suka sangat pulak.erm, aku cuma belikan lampu dinding je.huhu.dapatla mak aku beraya dengan rumah baru tahun ni.


on the way balik kl.location, jalan lama gombak-genting sempah.biasela, aku takkan terus ke kl.aku akan pusing-pusing.cari damai kononnya.singgah kejap dekat air terjun ni, habiskan 2 batang dunhill dan se tin nescafe.




raya tahun ni lain sikit.biasanya, setiap tahun aku dan member-member lama dulu akan konvoi beraya naik motor sekitar raub.tahun ni naik kereta.aku sorang je yang sorang-sorang.yang lain semua dengan anak bini.memang tahan telinga je la kena bakar.bestnya member-member aku semua kawen member-member jugak.kalau tak sekelas dulu, kelas sebelah.so, semua kenal la.memang kecoh.

pasal jodoh, aku tak tau sejak bila.tapi sekarang ni, hari-hari mesti ada orang tanya aku pasal kawen(ramai doa aku cepat kawen kot).macam dah tua sangat je aku ni.rilek la, lelaki umur 30 pun kira baru masuk 20(ini fakta tau!).huhu.pasal kahwin, naluri kebapaan aku cakap, aku dah ready sangat-sangat untuk kawen.mak aku pun tunggu turn aku kawen.cuma tu lah, ada tapinya.aku bercakap pasal jodoh, macam aku dah cukup duit je.macam aku dah cukup ilmu nikah kawen.padahal...kawen tau la, nikah?

aku tak tau la.macam mudah sangat mak-mak orang tertarik kat aku.balik dari beraya di rumah sorang kawan, dia call aku."weyh..abisla.mak aku dah berkenan kat ko.siap tanya aku kenapa aku tak ngorat ko.haha".huhu...sukerrrr...(iee gedik!).mak dia kata aku baik, muka murah rezeki.amiiinnn..harap makbul doa mak die.

tengok.tak pasal-pasal bukak cerita kawen.tak pasal-pasal jadi panjang entri ni.
agaknya aku takda modal nak bercakap kot.

September 24, 2009

belated SELAMAT HARI RAYA

masih dalam mood raya.
salam aidilfitri untuk semua..
aku tau aku bukan manusia syumul.jadi, maafkan segala tingkah yang sumbang.
tiada apa untuk aku raya tahun ni.kecuali butang baju melayu seploh hengget.selebihnya untuk mak dan adik-adik aku.
bos bagi duit raya, alhamdulillah.mrs bigboss juga bagi duit raya untuk mak aku.seronok mak aku.
tokey cina pon bagi aku duit raya.tak banyak mana, 500 je.tapi aku confused.duit raya ke rasuah? apepun, aku belum guna duit tu.jumpa dia lepas ni, aku pulangkan.hati aku tak senang menerimanya.sebab dia bukan bos aku.

balik kampung masih sorang2.setiap rumah yang aku pergi, soalan wajib.bila lagi nak datang raya berdua? huh! bila ya? kalau-kalau ada silent reader yang 'mungkin' jadi future wife aku,tolong jawab.

sebut pasal 'berdua', terus soal hutang meluru masuk otak aku.kereta sekarang, rm450 monthly.hutang kereta lama, rm300 monthly.gaji aku tak cecah 2k pon, bayar kereta je dah rm750.dah macam bayar installment honda city baru.hutang kereta lama,dulu dah tinggal 14k,bila dapat kereta sekarang, aku skip bayar kereta lama.sekarang dah jadi 19k.interest gila tinggi.takkan habis kalau aku bayar 300 sebulan.kena bayar selepuk jugak.mana nak datang duit selepuk? nantilah, aku cari dekat celah-celah bedah.

balik soal 'berdua'.selagi soal hutang belum settle, berat untuk aku fikir soal jodoh.aku bagi chance pada diri sendiri, 2 tahun.umur 28, kalau aku tak kawen jugak, aku jadi gay.warghhhh..tidak!aku mesti kawen before i turn 29.ermm..sebenarnya aku tak perlu risau sangat pun.lelaki..umur 29 pun, kira 20 lagi.masih remaja gitu.

remaja? generasi Y? huh! bila aku pandang bawah, dah tak nampak kaki sendiri.tau apa maknanya? baru nak perasan remaja, tapi peyut ini buat shaye sedar, shaye bukan remaja lagi.pinjam kata-kata britney, im not a boy, not yet a man.

kerja.ada orang sebut karier.hahah.keroje.krije.keje.ikut sedap mulut.abis belajar, aku tak pernah kerja makan gaji.konon nak kerja sendiri.tapi susah nak disiplin diri bila kerja sendiri.memang boleh dapat lebih.lebih 10k sebulan pun aku pernah rasa.takde income berbulan-bulan pun aku pernah rasa.sekarang kerja dengan orang.nampaknya aku memang sesuai buat kerja untuk orang.sebab aku lebih menjaga amanah orang, daripada diri sendiri.lebih appreciate harta orang, dari harta sendiri.aku buat yang terbaik untuk orang, tapi sambil lewa untuk diri sendiri.people-oriented person macam aku ni, lebih jaga hati orang, dari hati sendiri.

eh.sikit je citer pasal raya.
merapu je lebih.
oklah.selamat hari raya.aku sedih, takde geng nak main meriam tanah.